Latihan tradisi Mak_Yong

Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata.

Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu Khabar ke Pengasuh dan Mengulit.

Selepas seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan pengajaran dengan melalui upacara sembah guru sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.[3]

Rujukan

WikiPedia: Mak_Yong http://www.bt.com.bn/en/features/2009/09/15/preser... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/P... http://books.google.com.my/books?um=1&lr=&q=mak+yo... http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=war... http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=mak%20yong... http://yosri.cwahi.net/BudayaMelayuMakYong.htm http://portal.unesco.org/ci/en/files/27243/1214492... http://www.unesco.org/culture/ich/?RL=55 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://soscili.my/mak-yong-mitos-asal-usulnya-dar...